Jom Dapatkan Pakej Percutian Menarik Di 'Macao Super Sale'!
TRAVELSiapa yang ada rancangan untuk bercuti atau melancong ke Macao, ini berita baik untuk korang!
Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao (MGTO) akan mengadakan jualan ‘Macao Super Sale’, yang menampilkan pelbagai tawaran hebat, termasuk pertandingan eksklusif ‘Macao Turns 20’ dari 11 hingga 14 Julai di Pusat Beli-belah Sunway Pyramid.
5 agensi pelancongan utama di bawah MGTO iaitu ABC Holidays, Airlink Travel & Tour, Mitra Tours & Travel, Prestige Vacation Network serta YL Travel & Tours bakal mengambil bahagian dalam pameran ‘Macao Super Sale’ bersempena ulang tahun ke-20 penubuhan Wilayah Pentadbiran Khas Macao,
Bagi mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Macao Turns 20’ dan berpeluang memenangi percutian 3 hari 2 malam untuk 2 orang ke Macao, pengunjung hanya perlu menunjukkan nombor kad pengenalan mereka yang memaparkan angka ‘20’ dan berpeluang menjadi pemenang bertuah!
Pelbagai promosi dan hadiah percuma ditawarkan kepada pengunjung yang membeli pakej percutian ketika acara itu berlangsung, antaranya 300 pengunjung yang membuat pembelian boleh membawa pulang tambahan baucar membeli-belah.
Mulai sekarang hingga 14 Julai, mereka yang gemar melancong juga boleh menikmati tambang promosi meliputi semua daripada AirAsia BIG Members daripada harga serendah RM189 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Macao.
MGTO turut menyediakan pelbagai permainan dan aktiviti menarik bagi membolehkan pengunjung menikmati saat meriangkan dalam pameran itu, seperti permainan ‘Experience Macao Grand Prix’ PS4, yang membawa pengunjung mengikuti perlumbaan secara maya merentasi trek sebenar Macao Grand Prix.
Terdapat juga aktiviti ‘DIY Macao Scratch Postcard’ yang membolehkan pengunjung memilih poskad yang mereka sukai dan menyimpannya sebagai cenderahati atau menghantar kepada orang tersayang serta Permainan Memori ‘Macao Turns 20’ untuk mencuba permainan yang mencabar minda.
Bagi maklumat lanjut, jangan lupa layari laman Facebook Macao Tourism Malaysia!
Sumber: Bernama