Polaroid Buat 'Comeback' Dengan One Step 2





Kepada siapa yang tak sempat kenal dengan kamera Polaroid ni, jangan risau. The Impossible Project mendedikasikan Polaroid Original ini untuk mengemar dan peminat kamera analog ini. Kenapa Polaroid? Sebenarnya…Polaroid adalah sebuah syarikat Amerika yang merupakan pemberi lesen jenama kepada pengedar kamera pada zaman tersebut. Tetapi dia lebih terkenal dengan filem dan kamera segera Polaroid.

"Polaroid boleh dikatakan sebagai Apple pada zamannya ". Kita tengok design dan kebolehan kamera ini pun kita tahu kenapa. Bukan sahaja jenama terkenal di segi teknologi, ia juga membuat sumbangan besar kepada budaya visual menerusi seni, fotografi dan reka bentuknya.

Selepas diistihar muflis pada tahun 2008, kini Polaroid kembali dengan OneStep 2. Membawa nama baru iaitu Polaroid Originals, One Step2 adalah kamera analog untuk era moden, menggabungkan reka bentuk klasik dengan gaya kontemporari.

Kamera ini diilhamkan oleh OneStep asal Polaroid, tetapi dikemaskini untuk membuat kamera segera yang mudah digunakan yang berfungsi terus dari kota serta dapat memberikan gambar-gambar hebat setiap masa. Dilengkapi dengan bateri yang boleh dicas semula yang tahan lama. 

Apa yang best pasal OneStep2 ini :

  • Hanya beberapa butang dan reka bentuk yang mudah
  • Penghasilan imej yang sebenar, tidak berwarna, sepenuhnya unik.
  • Flash strob terbina dalam dan lensa infiniti 2ft berkualiti tinggi

 

Kamera ikonik ini boleh di pra-pesan di laman web Polaroid sendiri. Terdapat dua variasi warna, hitam dan putih. Harganya ialah 119.99 Euro, atau lebih kurang RM 600. Mungkin kedengaran agak mahal, sebab kamera ini analog dan itu belum masuk harga filemnya iaitu 15.99 Euro (RM 80) untuk 8 keping gambar sahaja. 

 

Anda rasa macam mana? Berbaloi ke? Tapi, kalau dah minat… semua boleh jadi kan ?

 

Sumber : Polaroid Originals

;