'Double Park' Jadi Punca Bergaduh Sampai Keluar Pisau

SOSIAL
September 05, 2024 - 05:39 PM


Baru-baru ini, tular beberapa rakaman video di laman media sosial X yang memaparkan satu pergaduhan berlaku.

Video yang dirakam oleh orang awam itu memaparkan pergaduhan antara dua lelaki sebelum berakhir dengan salah seorang daripada mereka cedera akibat diserang menggunakan pisau.

Perselisihan faham melibatkan halangan parkir di kawasan perumahan dipercayai punca seorang lelaki cedera ditetak dalam kejadian di pekan Kepong dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 28 tahun bertindak menetak mangsa menggunakan pisau sepanjang 32 sentimeter (cm).

"Mangsa iaitu lelaki berusia 24 tahun yang cedera telah dikejarkan ke hospital dan menerima 35 jahitan. 

"Berikutan itu, suspek telah ditahan di lokasi kejadian kira-kira jam 6.45 petang," katanya. Suspek direman untuk siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Destination: