Hasil Sumbangan Orang Ramai, ‘Abang Bas’ Bayar Jamin RM30,000

SOSIAL
September 13, 2024 - 04:03 PM


‘Abang Bas’ yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak dan membuat hantaran jelik akan dijamin keluarganya Ahad ini.

Peguamnya, Umar Zulkarnain berkata, keluarga tertuduh berjaya mengumpulkan dana bagi membayar jumlah jaminan keseluruhan sebanyak RM40,000 yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Muar dan Mahkamah Sesyen Batu Pahat.

“Alhamdulillah wang tabung telah mencukupi dan kita akan melakukan proses jaminan pada Ahad kerana hari ini dan esok bukanlah hari bekerja di Johor.

“Bayaran jaminan sebanyak RM40,000 akan dibuat oleh ahli keluarganya,” jelasnya.

Kakak tertuduh menerusi akaun Facebook menggunakan nama Zarinah Sari membuat hantaran memaklumkan kutipan dana untuk adiknya itu telah mencukupi. Dia turut menjelaskan sumbangan bukan sahaja datang dari rakyat Malaysia, bahkan Singapur, Indonesia dan juga Myanmar.

 

 

Destination: