Warga TikTok Kesiankan Abang Bas, Sanggup Buat Kutipan Derma Kilat
SOSIALSeorang pemandu bas atau lebih dikenali sebagai 'Abang Bas' menjadi bualan warganet kerana sering memuat naik kandungan rakaman video penumpang pelajar sekolah rendah. Susulan dari siasatan polis, dia menghadpai dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu.
Biarpun dia berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat, dan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 bagi dua pertuduhan tersebut, masih ada berasa kasihan dan menyokong tindakannya.
Berbuih mulut Khairul Aming beri nasihat, nak jadi influencer kena ada pendidikan supaya boleh didik followers.
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) September 11, 2024
Tapi itu lah. Ada ramai influencer yang cerdik pandai tapi kau pilih ikut budak pedo itu juga. Esok lusa kalau hidup kau mencabar, kau salahkan bangsa lain. Hhmm. https://t.co/7mkPSqOAh8
Berdasarkan di ruangan komen di salah satu video Abang Bas sewaktu dibawa ke mahkahmah, ada seorang wanita yang ingin mengutip derma kilat demi memberi semangant dan tanda sokongan buat Abang Bas untuk bangkit semula.
Lebih mengejutkan, komen tersebut mendapat reaksi yang positif dari segelintir pengguna TikTok. Biarpun apa jua niat Abang Bas dalam memuat naik video rakaman kanak-kanak tersebut, tindakannya tetap salah di sisi undang-undang. Berfikirlah dengan sewajarnya.