Rakam Video Kanak-Kanak Dengan Kapsyen 'Crush', Abang Bas Ditahan Polis

SOSIAL
September 06, 2024 - 11:23 AM


Semalam, tular satu ciapan di platform X tentang seorang TikToker yang juga seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik kandungan dengan merakam murid. Kandungan TikToker atau Abang Bas mencetuskan perdebatan dan rasa tidak senang di kalangan warganet.

Bahkan, perkara itu turut meraih perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri yang menggesa Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) mengambil tindakan tegas itu kepada individu tersebut.

Terkini, Abang Bas telah ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi. Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada 2.57 pagi susulan laporan dibuat semalam.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berkenaan di akaun media sosialnya.

Siasatan terperinci sedang dijalankan dan polis mengalu-alukan kerjasama ibu bapa kanak-kanak yang terdapat dalam rakaman video itu supaya tampil bagi membantu siasatan,katanya dalam kenyataan.

 

Destination: