"Lesen Dah Mati Jangan Lupa Renew" Cara Memohon Secara Online Dengan Mudah
PILIHAN EDITORKalau nak memandu kenderaan empat roda atau dua, kita mesti kena ada lesen memandu tidak kira sesiapa sahaja. Sejak PKP dilaksanakan yang berterusan, min yakin pasti ramai yang belum memperbaharui lesen korang yang sudah pun habis tamat tempoh atas faktor-faktor yang mengganggu.
Walaupun ada kelonggaran dan pengecualian yang diberikan sebelum 31 Juli 2021, pasti ada orang yang berpendapat bahawa mereka tidak dapat memandu atau menunggang motosikal dengan lesen yang sudah habis tempoh, bukan? Sekiranya korang merasa seperti ini, jangan risau, Kementerian Pengangkutan Jalan (JPJ) sebenarnya menyediakan portal awam untuk orang ramai mengemas kini lesen memandu mereka secara dalam talian.
Portal mySIKAP pertama kali dilancarkan pada tahun 2019 sebagai sistem untuk menukar pemilikan kenderaan, dan kini juga menangani pelbagai perkara yang melibatkan JPJ untuk orang ramai, termasuk memperbaharui lesen memandu CDL dan LDL.
Anda boleh ikuti cara-cara memohon untuk memperbaharui lesen memandu anda:
1. Layari portal MySIKAP atau tekan link disini
2.Log masuk
Log masuk. Namun buat pengguna baharu, pilih daftar/ log masuk kali pertama dan isi semua maklumat info anda) Sebaik selesai login semula dengan password sementara yang diberikan.
3. Tekan tab lesen memandu, dan pilih pembaharuan lesen memandu.
Tekan tab lesen memandu dan tatal ke bawah.
Pilih pembaharuan lesen memandu. Lengkapkan segala maklumat dan info yang diperlukan.
4. Pilih jenis lesen dan tempoh
5.Semak maklumat & dan pilih kaedah penghantaran.
Semak segala maklumat dan pilih kaedah penghantaran. Namun sayang nya, setakat ini hanya satu pilihan yang di berikan iaitu mengambil lesen di kaunter JPJ. Kemudian tekan butang bayar.
6. Pilih mod pembayaran dan buat pembayaran
Selesai! Anda boleh menyemak sama ada lesen anda sudah diperbaharui atau belum disini. Namun buat mereka di kawasan PKPD khususnya Selangor, kaunter JPJ Selangor masih lagi ditutup sehingga 16 Julai 2021. Ini bermakna anda perlu menanti kaunter mereka untuk kembali dibuka bagi mendapatkan lesen anda yang sudah diperbaharui.
Sumber: Buzzkini