Peniaga Menjual Kata-Kata Semangat Di Dalam Apps Shopee!

PILIHAN EDITOR
July 06, 2021 - 05:58 PM


Pernah tak korang terfikir nak jual kata-kata semangat kepada orang ramai? Viral baru-baru ini apabila seorang peniaga menjual kata-kata semangat di dalam Shopee. Satu perkongsian dari pengguna Facebook, Effiza Abdul Rahim memuat naik gambar beliau membeli kata-kata semangat di Shopee.

Beliau pada mulanya tidak percaya bahawa ini perkara benar, dan benar-benar terkejut apabila penjual tersebut menjual kata semnagat kepadanya. Dengan harga 20 sen, anda sudah boleh mendapatkan kata-kata semangat dari Shopee.

Jadi jikalau korang berasa kurang motivasi dan memerlukan pelangi keceriaan dalam hidup, apa beli sahaja kata-kata semangat agar korang kembali bersemangat untuk melakukan apa jua yang tertangguh. 

Para netizen ras terhibur melihat review yang diberikan oleh pembeli. Kreativiti penjual itu mendapt perhatian orang ramai sehingga viral ke negara luar.

Ramai orang berasa tidak puas hati kerana 'sold out' serta merta apabila perkara ini terus viral dan belum lagi di senaraikan dalam katalog peniaga tersebut. Kalau korang nak beli, boleh singgah di laman peniaga ini di Shopee, tunggu je mana lah tahu tiba-tiba dah restock.

Sumber: The Vocket