Air Rendaman Kurma Sunnah, Untuk Tenaga Seharian Berpuasa

PILIHAN EDITOR
April 12, 2021 - 07:55 PM


Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, jadi ramai yang akan berpusu-pusu untuk beribadah bagi mendapatkan ganjaran yang berlipat ganda. Antara perkara yang boleh dipraktikkan untuk mendapat pahala bulan ini, adalah dengan mengikut sebanyak mana sunnah Nabi Muhammad. 

Antara sunnah Nabi Muhammad yang patut korang praktikkan bagi mendapat pahala, serta bagi memberikan tenaga untuk korang tahan sepanjang hari berpuasa, adalah dengan meminum air rendaman kurma, atau juga dikenali sebagai air nabeez sebelum tidur, ataupun ketika bersahur. 

Air nabeez ini mengandungi pelbagai khasiat, dan adalah alternatif bagi korang yang selalunya hanya makan terus buah kurma. Kalau korang nak ikut cara pemakanan Nabi Muhammad, mudah je!

Rendamkan beberapa biji buah kurma yang dibuang bijinya ke dalam air kosong, dan jumlah buah kurma korang pastikan ganjil, sebab sunnah Nabi Muhammad adalah makan kurma dalam jumlah yang ganjil. Rendamkan semalaman, kemudian minum pada waktu sahur. 

Selepas korang minum air nabeez, perut korang mampu bertahan seharian berpuasa. Tapi buat untuk sekali minum je tau! Kalau simpan untuk lebih daripada sehari, air akan jadi masam, dan tak boleh minum. Air rendaman juga hanya perlu disimpan diluar, dan tak perlu untuk korang simpan dalam peti sejuk. Tapi, pastikan bekas air ditutup. 

Korang boleh amalkan sepanjang bulan Ramadhan, malah boleh korang teruskan pada hari-hari biasa yang lain.