deli by Shell Pertama Dibuka Di Luar Stesen Minyak Shell

SPECIAL
March 30, 2021 - 05:46 PM


Shell Malaysia semalam merasmikan pembukaan deli by Shell pertama di Malaysia yang berdiri dengan sendiri, dan tidak dibuka di dalam stesen minyak Shell seperti yang selalu kita lihat. Pembukaan deli by Shell di Stesen LRT Abdullah Hukum itu bakal memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia yang berulang-alik menggunakan pengangkutan awam. 

Sama seperti deli yang terletak di dalam stesen minyak Shell, deli by Shell meyajikan makanan dan minuman signature deli2go yang korang boleh grab and go tanpa meluangkan masa untuk menunggu. Selain itu, korang boleh juga dapatkan makanan lokal kegemaran rakyat Malaysia seperti nasi lema bungkus, donat ikan bilis, dan nasi ayam buttermilk. 

Shell mengambil langkah ini sebagai inisiatif untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang di dalam perjalanan tidak kira sama ada menggunakan kereta, ataupun mod transportasi yang lain. Mereka yang menggunakan LRT kini boleh dengan segera mendapatkan makanan untuk memulakan hari mereka yang sibuk. 

deli by Shell menyediakan lebih daripada 20 menu yang lazat, dan antara yang menjadi kegemaran ialah nasi lemak bungkus, cheong fun, hainan breakfast, buttermilk chicken rice, dan pastri klasik deli2go yang diberikan tambahan rasa lokal. Korang juga boleh dapatkan kombo all-day, dengan Kopi-O dan Teh-O.

Destination: 
Artikel berkaitan