Dilema Pemilihan Laptop Baru? Ini 5 Benda Penting Korang Perlu Tahu Sebelum Beli
PILIHAN EDITORSejak PKP ni dah ramai kena buat kerja dari rumah atau panggilan rasminya, ‘Work From Home’. Dan ramai juga yang jadi buntu tak tahu macam mana nak buat kerja di rumah sebab tak ada laptop. Dan ada juga yang terpaksa bekerja di luar jumpa klien sana sini yang memerlukan laptop. Jadi hari ni kami nak kongsikan 5 benda penting yang anda perlu tengok bila nak beli laptop baru.
1. Processsor
Ini adalah jantung sesebuah laptop dan PC. Kalau korang nak buat video editing, processor memainkan peranan yang besar, begitu juga dengan gaming. Kebanyakan game sekarang ni dah lebih menitik beratkan kuasa processor lagi-lagi untuk open world game seperti GTA 5 dan Assassin’s Creed. Performance dari processsor lama dan latest boleh menyebabkan frame per second (FPS) berbeza sehingga 30 fps, banyak tu!
Dan siapa je yang tak kenal dengan nama Intel. Processor dari Intel dah memang menjadi pilihan orang ramai samada untuk gaming mahupun kerja ofis. Dengan processor terbaru dari Intel, iaitu Prosesor Intel® Core™ Generasi ke-10, korang memang tak payah pening nak pilih laptop apa lepas ni.
Produktiviti Prosesor Intel® Core™ Generasi ke-10
Kalau nak bandingkan dengan processor lama, memang jauh beza. Prosesor Intel® Core™ Generasi ke-10 dilengkapi dengan intelligent performance features dimana software Intel ni akan belajar dan adapt dengan apa yang korang buat. Dengan kata lain, kalau korang selalu guna laptop untuk edit video, the moment korang buka software video editor Intel akan pastikan laptop tu dapat kuasa yang secukupnya.
Penyambungan Prosesor Intel® Core™ Generasi ke-10
Dah tak perlu cari laptop yang ada WiFi card laju lagi. Processor terbaru dari Intel ni memang dah dilengkapi dengan Wi-Fi 6 (Gig+). Dengan kata lain, korang punya download speed lepas ni memang laju habis dan performance korang ketika bermain game juga tak akan terjejas lansung. Kalah kebanyakkan PC kalau macam ni. Dan ia juga ada Ethernet Connection I225 juga kalau korang nak guna LAN cable. Ia juga dilengkapi Thunderbolt 3 dimana bandwidth USB 3.0 dan USB-C port akan menjadi lebih laju dalam menjalankan proses yang diberikan.
Hiburan Premium Prosesor Intel® Core™ Generasi ke-10
Dengan architecture baru, processor ini boleh support 4k HDR video dan 1080p gaming beb. Memang experience korang tengok Netflix, Youtube, atau main game akan crisp habis.
Permainan Video Digital Prosesor Intel® Core™ Generasi ke-10
Macam yang saya cakap tadi, game sekarang dah banyak depend dekat processor. Dan processor ni mampu capai sehingga 5.3GHz! Kebanyakan processor desktop pun hanya 4 GHz lebih je tau. Jangan risau pasal fps, memang gameplay korang akan jadi smooth macam butter.
Jadi lepas dah baca semua ni, brand apa yang kena dengan semua kriteria yang diberikan di atas? Jangan risau, berikut adalah laptop yang dilengkapi dengan Prosesor Intel® Core™ Generasi ke-10 dan menepati ciri-ciri di atas dari brand HP, Lenovo, Acer, dan Asus. Paling best setiap brand ni ada promosi tersendiri!
Laptop Asus
Bila anda dah beli laptop Asus, anda akan dapat Grab Food Gift Card sebanyak RM 40! Cara nak redeem mudah saja, anda boleh ikuti langkah-langkah yang telah diberikan di dalam gambar di atas. Dah la dapat laptop power, boleh makan kenyang pulak tu. Terbaik la.
Laptop Acer
Okay promosi untuk Laptop Acer ni bergantung kepada harga model laptop yang anda beli. Dan pada setiap harga model tersebut anda boleh pilih 1 daripada 2 atau 3 set free gift yang diberikan. Wow! Dah lah dapat free gift, siap boleh pilih lagi kita nak yang mana satu. Memang awesome!
Laptop HP
Untuk laptop HP pula, anda akan dapat RM 80 dalam bentuk kredit e-wallet! Anda boleh pilih sama ada kredit tersebut akan dimasukkan ke dalam GrabPay atau Touch 'n Go e-wallet. Masyuk betul beli barang dapat duit balik, cayalah!
Laptop Lenovo
Lenovo kali ni memang lain macam promosi dia. Barang-barang panas dia bagi guys! Ikut jenis model jugak. Model Legion dapat gaming mouse + headset + steam wallet, fuh merecik! Model Ideapad / Ideacentre pula dapat RM 50 dalam e-wallet. Dan model Yoga pula dapat RM 150 dalam bentuk e-wallet! RM150 beb, banyak tu!!
Bukan tu je, dia ada lagi promotion pwp. Maksudnya lepas anda beli laptop tu, anda akan dapat diskaun kaw-kaw punya untuk wireless mouse, monitor, dan tablet. Rugi kalau tak sambar.
Jadi apa macam? Teruja tak dengan promosi-promosi yang diberikan ni? Memang rare tau nak dapat deals macam tu lagi-lagi bila beli barang elektronik macam laptop ni. Jadi kalau korang nak survey laptop-laptop di atas bolehlah pergi ke laman web Thunder Match, Kedai IT Terbesar di Malaysia.
Segala promosi dalam gambar di atas ni sebenarnya merupakan kempen dari Thunder Match sendiri bersama dengan Intel. Kempen TMT x Intel: Together, Malaysia Thrives ini bersempena bulan kemerdekaan di Malaysia dan akan berlansung dari 17 Ogos hingga 30 September 2020.
Kalau korang nak tahu kempen ni berdasarkan siapa cepat dia dapat okay. So maknanya kalau stok laptop tu dah habis, memang tak dapat la korang beli lagi laptop tu. Korang kena cepat-cepat pergi ke kedai Thunder Match dan beli laptop idaman korang. Jangan sampai putih mata, deals dan free gift power ni.
Hanya kedai yang tersenarai di sini je yang menjalankan kempen ni, jadi korang check dulu mana dekat dengan lokasi korang dan terus serbu.
Maklumat lanjut tentang kempen ni boleh ke TMT x Intel: Together, Malaysia Thrives atau kalau korang nak beli secara online boleh saja ke https://bit.ly/TMTxIntel2020.
Selain Processsor, tip penting yang korang perlu ambil tahu juga adalah saiz laptop, kapasiti, bateri dan paling penting adalah bajet korang.
2. Keberatan / Saiz Laptop
Nampak macam tak penting kan, tapi bila nak bawa laptop tu kehulu kehilir baru korang tahu langit tu tinggi ke rendah. Dengan laptop yang ringan dan bersaiz kecil, korang boleh bawa laptop tersebut tanpa rasa sakit badan. Tapi kalau nak screen besar untuk tengok netflix dan main game boleh pilih skrin 15 inci atau 17 inci.
3. Storage
Lagi banyak storage laptop tu lagi bagus dan sekarang ni memang dah banyak laptop yang datang dengan 500GB dan 1TB hard drive (HDD). Tapi solid-state drive (SSD) dah jadi lagi popular kerana kelajuan dan kebolehannya. Untuk transfer, edit video dan main game memang SSD menjadi pilihan ramai dan kebanyakan laptop dah mula menggunakan SSD berbanding HDD sekarang ni.
4. Bateri
Kalau korang bekerja di luar memang agak leceh bila bateri habis dan korang nak kena bawa kabel cari port plug in. Jadi berapa lama bateri yang bagus? Okay, kalau nak cari laptop make sure dia punya bateri tahan 7 jam dan kalau dapat 8+ jam tu memang win habis dah tu. Baca dan buat research di internet oleh pemilik-pemilik laptop brand tu, jangan dengar dari manufacturer sendiri ya, susah nak percaya.
5. Bajet
Ini antara benda yang orang selalu tak ambil kisah. Perhatikan bajet korang kalau nak beli laptop, kalau harga laptop tu mahal mungkin boleh ambil laptop bersaiz 13 inci. Walaupun saiz kecil tapi korang boleh lihat spesifikasi laptop tersebut dan selalunya lebih kurang sahaja performance antara satu sama lain.
Jadi itulah dia 5 tips dalam memilih laptop baru. Memang agak pening pada awalnya tapi percayalah korang akan berterima kasih kepada diri sendiri kerana ambil berat dan tak tersalah pilih laptop. Ingat, nak pakai lama laptop ni. Sekali beli dapat yang hampeh dah kena keluar duit beli yang baru, tak ke bazir masa dan duit tu?
Pilih elok-elok okay? Have fun dengan laptop baru korang!