Hanya Kerana Makan Daging Penyu Tiga Beradik Maut

TERKINI
November 29, 2021 - 05:55 PM


Tiga beradik maut selepas makan daging penyu di Pulau Pemba, Zanzibar.  Penyu bukanlah makanan asing bagi mereka di sana sehingga menyebabkan mereka tersalah makan penyu yang disyaki mengandungi racun.

Dilaporkan oleh Bernama yang memetik agensi berita Xinhua, seramai 22 orang lagi dimasukkan ke hospital selepas mereka turut memakan daging penyu berkenaan. Komander polis wilayah Pemba Utara, Juma Sadi berkata, dua daripada 22 yang dimasukkan ke hospital adalah kanak-kanak dan keadaan mereka kritikal.

Racun yang terdapat di dalam daging penyu tersebut menjadi punca kepada keracunan sehingga meragut nyawa dan ianya masih dalam siasatan. Kes sebegini bukanlah kes yang pertama kali berlaku sebaliknya pernah berlaku beberapa kes sama direkodkan di Pulau Pemba sebelum ini.

Tips kepada semua pembaca, janganlah cuba makan makanan yang pelik-pelik sehingga boleh membahayakan kesihatan. Penyu juga merupakan antara haiwan yang terancam maka dengan memastikan generasi kita yang akan datang dapat melihat haiwan-haiwan ini kita mestilah memelihara dan menjauhi perbuatan terkutuk tersebut.