Kitar Semula Dan Main Game Je Untuk Dapatkan Baucar Untuk Digunakan Di Watsons

PILIHAN EDITOR
April 22, 2021 - 03:08 PM


Bersempena dengan Earth Month bulan April ini, jenama kecantikan mesra alam milik Unilever, Love Beauty and Planet telah melancarkan sebuah kempen dengan kerjasama Watsons Malaysia untuk mendidik pengguna tentang kesan sisa plastik dan untuk menggalakkan pengguna untuk mengambil bahagian dalam usaha untuk melestarikan planet Bumi. 

Laporan World Wildlife Foundation (WWF) sebelum ini menunjukkan rakyat Malaysia sebagai pengguna plastik terbesar Asia. Plastik sekali guna yang tidak dibuang dengan cara yang betul memberikan impak yang memudaratkan hidupan liar seperti binatang yang memakan plastik, serta plastik yang mencemarkan air laut, dan terumbu. 

Dengan itu, Love Beauty and Planet ingin mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengurangkan sisa plastik menerusi sebuah permainan interaktif, korang hanya perlu main di peranti korang, dan berpeluang untuk menang baucar yang boleh digunakan untuk membuat pembelian ke atas barangan Love Beauty and Planet, di kedai dalam talian Watsons, ataupun kedai fizikal. 

Untuk main permainan tersebut, korang boleh tekan link ini: https://www.lovebeautyandplanet.my.

KITAR SEMULA DAN DAPATKAN GANJARAN

Laporan daripada Solid Waste Management and Public Cleansing Corporation (SWCorp) Malaysia mendapati kadar kitar semula rakyat Malaysia hanya pada 30%. Bagi menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk mula mengitar semula, Love Beauty and Planet berkolaborasi dengan Watsons bakal meletakkan tong kitar semula di 20 cawangan Watsons di sekitar Lembah Klang mulai 12 April 2021 hingga 31 May 2021. 

Korang boleh ke Watsons untuk kitar semula botol plastik dan sebagai ganjaran, korang akan diberikan baucar oleh Love Beauty and Planet yang boleh korang gunakan di Watsons. 

Berikut adalah senarai Watsons yang mengambil bahagian: 

PJ Old Town
Bukit Jelutong 
Bukit Tinggi Klang
Sri Petaling 
Medan Idaman 
Tropicana Garden
Seksyen 16
Seksyen 7
Sunway Pyramid
IOI City Mall

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati Facebook Love Beauty and Planet.