Kucing Famous Kerana Mempunyai 4 Telinga

TERKINI
November 16, 2021 - 05:44 PM


Terdapat pelbagai jenis kucing di muka bumi ini seperti kucing kampung dan kucing parsi. Malah boleh dikatakan haiwan yang bernama kucing ini juga dibela oleh ramai orang kerana kecomelan haiwan tersebut. Kucing juga mempunyai nilainya tersendiri sehingga ada yang menjualnya dengan harga beribu ringgit.

Tular di media sosial baru-baru ini kerana dikatakan terdapat seekor kucing yang mempunyai empat telinga. anak kucing bernama Midas itu sudah mempunyai 19,300 pengikut dalam media sosial berkenaan sejak akaun rasminya dibuka tiga minggu lalu. Pemilik kepada haiwan itu, Canis Dosemeci berkata, kucing yang berusia empat bulan itu mempunyai empat telinga akibat mutasi genetik.

Katanya, Midas mempunyai sepasang telinga normal dan sepasang lagi telinga yang lebih kecil. “Kucing saya sihat tetapi akan menjalani pemeriksaan lanjut dalam beberapa bulan untuk memastikan tiada mutasi genetik lain dikesan dalam badannya.

Kucing tersebut dikatakan sangat mesra dan suka bermain. Sama seperti kucing lain, Midas gemar tidur sepanjang hari dan berjaga sepanjang waktu malam.