Milo Campur Coke! Dikatakan Rasa Sama Seperti Root Beer

PILIHAN EDITOR
June 03, 2021 - 03:46 PM


Sejak lockdown kena duduk di rumah ni, makin pelik ya benda-benda yang di viral kan. Kalau sebelum ini kita dihebohkan dengan dalgona milo atau dalgona coffee, sekarang ada ciptaaan baru iaitu Milo campur dengan Coke.

Dikatakan rasanya sama seperti Root Beer yang korang pernah minum di A&W, cuma tiada aiskrim sahaja. Milo Coke viral ini telah di dikongsi oleh Amelia Khor di halaman facebooknya dan dapat pelbagai reaksi dari netizen tentang resepi pelik ini yang dikongsi oleh beliau.

 

Kredit gambar: Fasiha Nazren

Bagaimana rasa air ini setelah dicampur, dan betul ke rasanya sama seperti Root Beer?

Bahan yang diperlukan semestinya:-

  • Air Coke satu tin
  • Satu sachet serbuk milo dan ais

1. Letak ais siap-siap dalam gelas. Masukkan satu sachet serbuk milo dalam gelas.

Kredit gambar: Fasiha Nazren

2. Kemudian letak air coketin ke dalam gelas.

Kredit gambar: Fasiha Nazren

3. Kemudian sehingga sebati dan boleh minum. 

Kredit gambar: Fasiha Nazren

Boleh cuba dahulu dan bagitau rasanya bagaimana. Pasti ramai akan cuba lebih-lebih lagi benda viral ni. Min nak cuba lah buat tapi nak tambah aiskrim sekali.

Sumber: RojakDaily