"Patut Lah Boleh Flip Macam Tu" - Gambar Dhabitah 'Dipijak' Viral Di Sosial Media

PILIHAN EDITOR
August 02, 2021 - 03:47 PM


Well done Dhabitah, Kami bangga dengan awak! 

Baru-baru ini tular satu gambar atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri selepas pengumuman kelayakan beliau ke pusingan akhir dalam acara terjun papan anjal individu wanita. Dhabitah telah memberi satu berita yang gembira kepada seluruh rakyat Malaysia. 

 

Gambar di facebook beliau tersebut merupakan gambar lama pada tahun 2016 ketika beliau sedang berlatih dengan coach penerjun yang dilihat agak esktrem. Di dalam gambar itu terlihat seperti Dhabitah dipijak di bahagian bahunya.

Menarik tentang gambar tersebut, beliau dipijak di bahagian bahu dengan kakinya ke atas terletak di kerusi. Jurulatih tersebut menekan sekuat-kuatnya bagi melenturkan badan. Perkara ini telah membuktikan kegigihan seorang atlet negara yang kini mampu bertanding dalam Sukan Olimpik sehingga membuahkan hasil yang cukup membanggakan.
 

Turut mendapat pujian dan sokongan dari rakyat Malaysia atas usaha beliau yang selaam ini berlatih sedaya upaya.

 

 

 

Sumber: Says

Destination: