[Video] Chazynash Bergaduh? Sampai Tumbuk Menumbuk Katanya, Apa Kes?
PILIHAN EDITORDalam kesibukan jadual sehari – hari, pastinya akan ada satu hari yang akan berlaku agak ‘luar biasa’ dan ada kalanya ia menjadi serba tak kena. Kunci tertinggal dalam kereta, lupa buang sampah dan macam – macam lagi perkara rutin yang kita lakukan boleh menjadi serba tak kena kalau hari tersebut tiba.
Untuk golongan sibuk bekerja, salah satu ‘hari tak kena’ semestinya berlaku kalau terlambat bangun tidur. Mula dari terlewat bangun, ia akan menjadi rantaian masalah demi masalah.
Kalau yang dah berumah tangga pula, waktu isteri keluar outstation merupakan perkara yang paling ‘ditakuti’. Mana tidaknya, biasanya kerja – kerja rumah, menyiapkan anak ke sekolah dan kebanyakan urusan akan di’bereskan’ oleh isteri. Bila isteri tak ada, maka kelam kabutlah si suami.
Agaknya, itu yang berlaku kepada Chazynash baru – baru ini. Katanya Chazy bergaduh, sampai ada adengan berbalas tumbukan.
Untuk mereka yang tidak mengenali Chazynash, beliau merupakan seorang Youtuber dan Instagrammer yang terkenal dengan content video yang ‘masuk air’. Dikhabarkan baru – baru ini, beliau dikatakan bertumbuk!
Menurut sumber video, kejadian berlaku di Jalan Klang Lama dan sewaktu kejadian, Chazy sedang dalam proses merakam video terbarunya dan katanya ada kejadian tumbuk menumbuk.
Betul Ke Ada Tumbuk Menumbuk?
Korang tengoklah sendiri...
Memang ada! Cuma, aksi ‘tumbuk-menumbuk’ berkenaan sebenarnya berlaku semasa Chazynash sedang dalam penggambaran untuk mempromosikan produk daripada Genki!
Dalam video berkenaan, Chazynash didapati menggunakan ‘sarung tangan’ yang lain daripada yang lain disebabkan tersalah ambil beg. Disinilah bermulanya hari yang ‘serba tak kena’ yang kami sebutkan awal tadi.
Disebabkan lambat bangun tidur dan dah janji, maka terpaksalah beliau pergi juga ke gym untuk sparring. Nak dijadikan cerita, beg gym yang mengandungi sarung tangan dan peralatan gym ada disebelah beg persiapan untuk anaknya. Korang dah boleh agak apa yang terjadi rasanya, beliau salah ambil beg. Maka, terpaksalah di-diy lampin anak menjadi sarung tangan untuk sparring di gym.
Tapi… lain pulak kesudahannya apabila lampin Genki! yang dipakai adalah lembut. Jadi, pihak lawan tak rasa sakit. Kalau nak tahu, Genki! merupakan jenama lampin bayi yang direka menggunakan teknologi Jepun dan menggunakan tagline ‘Kelembutan Awan’.
Selain produknya yang lembut, Genki! juga merupakan produk lampin yang sesuai dengan bayi dengan adanya saiz S. Jika dibandingkan dalam pasaran, hanya Genki! Tape saiz S mempunyai 87 keping lampin dalam satu pek dan ini merupakan jumlah yang paling banyak.
‘Kelembutan Awan’
Cerita pasal Genki! ni, tagline 'lembut bak awan' dia ni ada kena mengena dengan teknologi yang digunakan untuk menghasilkan lampin yang sesuai dan selesa untuk kulit bayi. Jadi, material yang dihasilkan oleh Genki! adalah paling lembut dan paling penting; mempunyai saiz yang agak lebar dan membolehkan pengaliran udara yang baik.
Jadi; dengan ciri - ciri yang ada iaitu lembut, lebar serta pengudaraan yang sempurna ini, Genki! ini mengelakkan kulit bayi terkena ruam lampin.
Selain faktor kelembutan pada material pembuatan lampin, sebagai ibu bapa, kita pastinya mahu keselesaan yang maksima kepada anak. Jadi, pemilihan lampin yang kurang sesuai akan mengakibatkan anak rimas dan akhirnya akan meragam, terutamanya dalam hari yang panas.
Dengan tagline 'Kelembutan Awan', rasanya anda boleh bayangkan betapa lembutnya lampin daripada Genki! ni. Paling penting, ia menggunakan teknologi daripada Jepun dan dari segi saiz; ianya sesuai dan sepadan dengan bayi baru lahir. Boleh cuba Genki! Tape Saiz 'S'.
Rangkaian produk Genki! boleh didapati di Lazada dan Shopee dan saiz permulaan adalah dari saiz ‘S’. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Genki!