Samsung Galaxy A32 5G — Peranti Dengan Spesifikasi Awesome Tapi Harga Mampu Milik

PILIHAN EDITOR
April 28, 2021 - 04:12 PM


Bagi mereka yang dah selalu mengikuti perkembangan teknologi Samsung, mesti korang tahu yang jenama terkemuka ini sentiasa memberikan inovasi serta peranti-peranti dengan spesifikasi canggih, kan!

Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan Galaxy A32 5G yang ‘Awesome’ dari segi kehebatan spesifikasinya namun dengan harga mampu milik.

Kebiasaannya dalam pasaran sekarang, untuk mendapatkan peranti 5G yang canggih pasti memerlukan belanja besar sekitar RM3000-RM4000.

Tetapi, Samsung Galaxy A32 5G yang dilengkapi dengan 4 lensa kamera— 48MP f/1.8 kamera utama, 8MP f/2.2 kamera ultra-wide, 5MP f/2.4 kamera makro, dan 2MP f/2.4 kamera depth, hanya berharga RM1199! Murah, kan?!

Bukan sahaja 4 lensa kamera, telefon pintar itu juga dilengkapi dengan skrin paparan HD+ 6.5” Infinity-V— paparan penuh dengan potongan berbentuk V di atas untuk kamera hadapan 13MP f2/2. 

Paling menarik tentang skrin paparan Galaxy A32 ini ialah ia turut memiliki Eye Comfort Shield yang mampu menapis cahaya biru dan menjaga kesihatan mata korang serta membantu untuk tidur dengan lebih selesa walaupun korang menghadap telefon sebelum tidur. 

Peranti ini turut didatangkan khas dengan teknologi pengecasan pantas 15W, dengan bateri 5000mAh, cukup untuk penggunaan sepanjang hari! 

Samsung Galaxy A32 5G ini juga dikuasakan oleh pemproses CPU MediaTek MT6853 Dimensity 720 5G (7 nm) dengan storan 8GB RAM, 128GB ROM, serta menggunakan Android 11, One UI 3.0.

Best, kan? Jadi, tunggu apa lagi. Jomlah dapatkan Samsung Galaxy A32 5G dengan 4 pilihan warna menarik — Awesome White, Awesome Black, Awesome Blue dan Awesome Viotlet. Ya, semuanya memang awesome!