Seorang Lelaki Solat Di Tengah Jalan Ketika Jalan Sedang Sesak

TERKINI
October 14, 2021 - 12:32 PM


Solat merupakan perkara wajib dilakukan oleh setiap manusia tidak kira agama dan pangkat kerana kita semua mempunyai kepercayaan kepada tuhan. Namun pada petang semalam seorang lelaki melakukan sesuatu tindakan yang membahayakan nyawanya di hadapan orang ramai.

Seorang individu bernama Feriansyah Yusri merakam dan berkongsi sebuah video yang melihatkan seorang lelaki berbaju merah secara tiba-tabanya berada di tengah-tengah jalan yang sedang sesak di IG storynya.

Individu tersebut dikatakan dengan selamba berjalan di atas tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dan terus berhenti untuk membentang sejadah. Individu tersebut dipercayai sedang mengerjakan solat dan menyebabkan keadaan lalu lintas di situ bertambah sesak.

Namun, dikatakan terdapat polis trafik di tempat tersebut yang sedang mengawal aliran trafik semasa lelaki tersebut sedang solat. Polis trafik tersebut tidak dapat membuat apa-apa kerana kesibukan dengan kenderaan yang lalu lalang di situ.

Bagaimana kisah ini berakhir tidak dapat dipastikan kerana saksi yang merakam video ini telah pun berlalu dari kawasan tersebut. Banyak spekulasi yang diberikan netizen di dalam comment tentang individu tersebut namun sebaiknya kita tidak patut mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa. 

SUMBER: Lobak Merah, Harian Semasa

Destination: