Seorang Remaja Ditahan Polis Akibat Membawa Senjata Api Lego

TERKINI
October 18, 2021 - 02:52 PM


Polis menahan seorang remaja berusia 15 tahun kerana membawa sepucuk pistol mainan Lego di bandar Lindau, Jerman. Keadaan menjadi cemas kerana orang ramai mula berfikir kanak-kanak itu akan melakukan keganasan dengan senjata tersebut. Seorang pemilik restoran juga berasa terkejut kerana menyangkakan pistol yang dipegang oleh kanak-kanak tersebut adalah pistol yang betul.

Suasa bertambah cemas apabila seorang saksi bertindak menghubungi polis setelah melihat remaja tersebut yang turut memakai pakaian celoreng berlari-lari di tepi jalan sambil memegang mainanya itu. Menurut media tempatan di sana, beberapa kenderaan peronda dan polis persekutuan bergegas mencari dan menghentikan remaja tersebut.

Dilaporkan remaja tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut. Pistol yang seakan mirip pistol asli itu hanyalah mainan Lego yang menyebabkan salah faham kepada orang ramai.