Takkan Main Letup Je? Jom Kenali Nama-Nama Merrrcunnn.....
PILIHAN EDITORBila bercakap pasal mercun, dan bunga api, bukan kata masa sambutan Aidilfitri sahaja di Malaysia ni, malah sambutan lain macam Deepavali, dan Tahun Baru Cina pun memang kita akan dengan budak-budak dan orang dewasa bermain bungai api, dan juga mercun.
Kalau zaman dulu, memang berpuluh-puluh jenis mercun korang boleh main, sampai berbuih mulut nak menghafal nama-nama mercun. Tapi sekarang untuk menjaga keselamatan kita, dah tak banyak mercun macam dulu dah, cuma tinggal yang mana kurang berbahaya je.
Apa pun, meh kenal-kenal dengan nama mercun yang terkenal dari dulu, sekarang min tak pasti senang lagi tak nak dapat macam dulu.
Mercun Pop Pop
Mercun yang ini memang selamat untuk kanak-kanak, dan tidak memerlukan api untuk dibakar pun macam mercun lain. Walaupun simple je, budak-budak memang suka main dengan Mercun Pop Pop terutama sekali jenis yang suka mengacau orang tua yang melatah. Pop pop hanya perlu dibaling ke lantai, dan ianya akan meletup.
Mercun Mancis
Sama dengan namanya, mercun ini dibungkus di dalam kotak berbentuk mancis, dan cara korang nak main pun memang korang kena geselkan hujung mercun ke badan kotak, dan mercun akan menyala, dan meletup untuk beberapa saat. Letupannya agak kuat, tetapi mercun ini tidak boleh membawa kecederaan.
Kalau yang dah biasa main mercun mancis ni mesti dah ada pengalaman mancis belum habis, tapi badan kotak dah tak boleh gesel kan?
Mercun Naga
Mercun ni bunyi dia agak kuat, dan berulang, kemudian ianya memercik api yang cantik. Juga tidak berbahaya, selalu dimain oleh kanak-kanak. Mercun ni pun senang untuk didapatkan.
Mercun Lebah
Mercun berbentuk lebah ini sebenarnya bukan sahaja lebah pada bentuk, dan nama, tapi ianya juga akan terbang, dan berbunyi seperti seekor lebah. Mercun ini juga selamat kerana ianya tidak akan meletup, cuma terbang, dan apabila habis, ianya akan jatuh semula ke tanah.
Mercun Gasing
Mercun ini selepas dibakar akan berpusing dengan laju, seperti gasing, kemudian pada hujungnya akan meletup berdas-das seperti mercun naga. Ianya juga selamat, tapi lepas bakar kena berdiri jauh sikit sebab kadang-kadang mercun ni dia pusing merata.
Mercun Rocket
Dah nama pun rocket, mesti la terbang! Mercun ini perlu diletakkan menghala ke atas sebelum dibakar, kalau tidak entah ke mana dia terbang. Mercun Rocket ni ada dua jenis, yang besar, dan yang kecil. Kedua-duanya akan terbang kemudian meletup, tetapi yang besar bunyinya lebih kuat. Selalunya orang kampung suka main Mercun Rocket besar ni untuk perang dengan kampung sebelah.
Mercun Das
Mercun ni memang ramai suka, mercun ni kalau ikutkan sebenarnya kena halakan ke atas dan ianya akan menembak keluar lebih kurang 10 hingga 15 das api, tapi min tengok ramai sekarang buat trend main tembak-tembak, tapi kalau tak dapat elak jangan risau, api dia tak boleh menyebabkan kebakaran pun. Cuma berhati-hati jangan termasuk ke dalam mata.
Mercun Papan
Mercun Papan ni memang kalau dah sekali bakar, hadaplah bunyi dia yang sangat bising, dan tahan lama gila. Mercun papan ni sebenarnya lebih terkenal masa Tahun Baru Cina dimana mercun ini dianggap boleh menghalau makhluk jahat daripada kawasan yang dipasang mercun tersebut.
Mercun Bola
Mercun Bola memang tidak boleh dinafikan menjadi antara mercun yang paling terkenal, dan menjadi kegilaan anak muda kerana bunyinya yang sangat kuat. Macam biasa lah, orang muda memang nak berperang dengan kampung sebelah kan. Tapi, Mercun Bola ini sangat bahaya dan tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak, banyak dah kecederaan berlaku dengan mercun ni, siap ada yang hilang jari!
Mercun Ketupat
Bunyi mercun ni lebih kurang sama kuat dengan mercun bola, cuma bentuknya sahaja yang berbeza, seperti ketupat. Memang kena lah dengan raya kan? Makan ketupat, letup pun ketupat. Tapi disebabkan ianya sama kuat dengan bola, bahaya pun sama bahaya lah. Bukan untuk kanak-kanak.
Mercun Bateri
Ini dia, kalau ada orang bandar bawa mercun ni balik kampung, kampung tu lah menang perang mercun Aidilfitri antara kampung. Mercun Bateri ni agak mahal harga dia boleh mencecah ratusan ringgit, tapi dia lah yang paling lama, dan yang paling cantik. Mercun Bateri ni lah yang kita panggil bunga api tu!