Atlet Sukan Bakal Guna Katil 'Anti-Maksiat' Di Olimpik Paris 2024

SUKAN
May 17, 2024 - 12:04 PM


Menjelang temasya sukan terbesar dunia yang bakal diadakan di Paris, Perancis, pihak penganjur telah memperkenalkan katil baharu yang didakwa direka untuk tidak menggalakkan hubungan seks di kalangan atlet. 

Menurut sumber, katil yang dikeluarkan oleh Airweave itu bersaiz berkembar dan diperbuat daripada bahan mesra alam dimana kedua-dua tilam dan bingkai diperbuat daripada kadbod yang 100% boleh dikitar semula.

Selain itu, faktor utama pemilihan katil tersebut juga adalah kerana mahu mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar. 

Georgina Grenon, pengarah kecemerlangan alam sekitar untuk jawatankuasa penganjur, menyatakan harapan bahawa usaha Paris 2024 akan menunjukkan inisiatif yang lebih mesra alam. 

Saiz katil 'anti-maksiat' tersebut dikatakan mampu mengelakkan atlet daripada terlalu selesa, sekali gus mengurangkan aktiviti seksual di Perkampungan Olimpik.

Selama bertahun-tahun, terdapat banyak cerita media mengenai atlet yang terlibat dalam aktiviti seksual di Perkampungan Olimpik.

Sebagai contoh, pemain pingpong Matthew Syed mengimbas kembali Sukan Olimpik Barcelona 1992 sebagai masa berpesta, dengan menyatakan, “Saya lebih kerap berbaring dalam dua setengah minggu itu berbanding sepanjang hidup saya.”

Pada Sukan Olimpik London 2012, seorang atlet tanpa nama melaporkan bahawa mereka menjalinkan hubungan rakan sepasukan lelaki dan dua wanita.

Untuk info, inu bukanlah kali pertama katil jenis ini digunakan. Pada Olimpik Tokyo 2020 yang lalu, katil dengan fungsi yang sama turut diperkenalkan oleh pihak penganjur.

 

Sumber: The Vocket

Destination: