"Confirm Ini Kerja Tangan Ghaib" - TMJ Buka Mulut Susulan Kes Pecah Rumah Khuzaimi Piee

SUKAN
May 23, 2024 - 03:48 PM


Selepas kes membabitkan tiga pemain bola sepak negara masih lagi belum selesai. Kini pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee pula menjadi mangsa apabila kediamannya dipecah masuk ketika keluar menjalani latihan di Pusat Latihan Selangor di Shah Alam pada Rabu. 

Melihat insiden yang dialami oleh Khuzaimi Piee, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) membuka mulut untuk menepis segala dakwaan mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berkaitan kes pemain bola sebelum ini.

Penafian itu ditulis dengan nada sarkastis di ruangan komen di sebuah portal di Instagram. Malah, TMJ juga dilihat seakan memerli CEO pasukan bola sepak Selangor, Dr Johan. 

"Confirm ni semua kerja TMJ dengan JDT. Mastermind dan tangan ghaib. Next apa pulak Dr Johan?

"Cara terbaik nak tutup kegagalan selepas belanja 47 juta duit kerajaan/rakyat setiap tahun mesti pandai buat cerita," tulisnya dalam satu ruangan komen yang kemudian kongsi semula di Instagram Story. 

Selain itu, TMJ juga mengatakan sikap seperti itu seakan mahu mencari alasan kenapa pasukan mereka selalu kalah. 

"Cara terbaik nak tutup kegagalan selepas belanja 47 juta duit kerajaan/rakyat setiap tahun misti pandai buat cerita.

"“Play victim”, kononnya kami tak menang kerana kami dianiayakan. Semua salah TMJ, FAM, MFL, dan PDRM. Diri sendiri tak pernah salah. “False flag.”," tulisnya.  

TMJ menulis perkara itu dalam satu ruangan komen yang kemudian kongsi semula di Instagram Story. 

pic.twitter.com/06wKkeISPx

— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) May 23, 2024

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Johan Kamal Hamidon dan beberapa pegawai lain mendapat ugutan dari pihak yang tidak dikenali susulan insiden Faisal Halim disimbah asid. 

 

Sumber: Instagram

Destination: