Dr Akmal Salleh Terus Ditahan Polis Sebaik Tiba Di Kota Kinabalu

SUKAN
April 05, 2024 - 02:02 PM


Antara individu yang cukup lantang dalam menyuarakan pendapat berkenaan isu stoking kalimah Allah, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh telah ditahan sebaik tiba di Kkota Kinabalu.

Beliau yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Kuala Lumpur ditahan walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada Sabtu.

"Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

"Insya-ALLAH saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan. Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita," tulisnya dalam Facebook miliknya pada Jumaat.

Dr Akmal difahamkan datang ke Sabah untuk menghadiri majlis Kembara Ramadan Pemuda UMNO Malaysia yang dijadualkan diadakan di Beaufort pada Jumaat.

 

Beliau baru sahaja selesai memberi keteragan pada di IPD Kota Kinabalu kira-kira jam 12 tengah hari tadi. Jelasnya, beliau tiada masalah untuk diambil kenyataan dan memaklumkan terdapat satu laporan terhadapnya atas Akta Hasutan yang menyatakan ada satu video ceramah saya di Kelantan.

Destination: