EURO 2024: Sepanyol Juara, England Berduka
SUKANKejohanan bola sepak benua Eropah telah pun melabuhkan tirai dengan kemenangan pasukan Sepanyol ke atas England 2-1 dalam aksi final di Olympiastadion, Berlin awal pagi tadi.
Pada aksi awal pagi tadi, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada awal saingan dengan mempamerkan corak permainan terbuka namun gagal membuahkan jaringan. Kedudukan kekal 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung ada separuh masa kedua, Sepanyol akhirnya membuka tirai jaringan menerusi penyudah Williams pada minit ke-47 selepas menerima hantaran Yamal.
Perancangan Gareth Southgate memasukan Cole Palmer bagi menggantikan Kobbie Maino ternyata membuahkan hasil apabila beliau menyamakan kedudukan pada minit ke-73 menerusi percubaan ‘placing’ dari luar kawasan penalti.
Jaringan yang memberi kemenangan bagi Sepanyol hadir apabila pemain gantian, Mikel Oryazabal menyambar hantaran lintang Marc Cucurella sekali gus meranapkan impian England untuk muncul juara Euro 2024.
Bukan sahaja berjaya sebagai satu pasukan di Euro 2024, beberapa pemain Sepanyol turut mencapai pencapaian individu dalam kejohanan tersebut.
Bintang Man City, Rodri dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan manakala pemain muda berusia 17 tahun, Lamine Yamal dinobatkan sebagai pemain muda terbaik Euro 2024.
Kemenangan tersebut menyaksikan La Roja menamatkan penantian 12 tahun selepas kali terakhir menjuarainya pada tahun 1964, 2008 dan 2012 sekali gus menjadikan Sepanyol sebagai pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan Euro.
Bagi England pula, kekalahan ini menjadikan mereka pasukan pertama yang berjaya mara ke final berturut-turut namun pulang dengan tangan kosong.