Gara-Gara Nak Leraikan Pergaduhan, Polis Brazil Tembak Pemain Guna Peluru Getah

SUKAN
July 12, 2024 - 11:24 AM


Di setiap perlawanan bola sepak, pasti akan ada anggota keselamatan atau polis yang bertugas untuk menjaga keselamatan pemain dan memastikan kelancaran perlawanan. 

Namun, hal yang berbeza telah berlaku dalam saingan divisyen dua Brazil dimana salah seorang pemain ditembak di kaki oleh pegawai polis ketika sedang beraksi dalam satu perlawanan liga. 

Dalam satu perlawanan antara Gremio Anapolis menentang Centro Oeste, terjadi pergaduhan antara pemain dari kedua-dua pasukan dan pasukan keselamatan yang bertugas cuba untuk meleraikan pergaduhan dan menenangkan keadaan. 

Menerusi video yang tular di media sosial, salah seorang anggota keselamatan daripada Specialised Policing Company (CPE) telah mengacukan senjatanya ke arah penjaga gol Grêmio Anápolis, Ramón Souza sebelum melepaskan peluru getah ke arah kaki pemain itu.  

Souza kemudiannya meraung kesakitan ekoran ditembak dengan peluru getah dan beliau serta-merta mendapat rawatan dan terus dibawa ke hospital bagi menerima rawatan. 

Tidak lama selepas itu, pihak pengurusan Gremio telah mengeluarkan satu kenyataan untuk mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk membela pemain mereka.

Malah, kelab itu juga akan memastikan anggota keselamatan yang bertanggungjawab melepaskan tembakan tersebut dikenakan tindakan setimpal.  

 

Sumber: Facebook & Astro Awani

Destination: