Kempen #GengSubuhMacamJumaat Bakal Disertai Legenda Ragbi Sonny Bill Williams

SUKAN
February 21, 2024 - 12:28 PM


Legenda ragbi yang juga merupakan seorang mualaf, Sonny Bill Williams tiba di Malaysia minggu lepas untuk sebuah acara anjuran Faith Events Asia.

Bekas pemain bintang All Blacks itu juga ada berkongsi tentang kehadirannya di negara ini menerusi akaun X-nya selain bercerita tentang perjalanannya dalam mengerjakan ibadah Umrah.

"Kebaikan dan hospitaliti yang ditunjukkan rakyat Malaysia bukan sahaja mengharukan tetapi membuatkan saya merasa rendah diri," katanya.

Terbaru, bekas pemain kebangsaan New Zealand dikhabarkan akan menyertai sebuah kempen iaitu kempen #gengsubuhmacamjumaat.

Poster berkenaan dengan program tersebut telah dimuat naik di platform X oleh akaun @putrajayaMY, yang memaklumkan program tersebut bakal bermula seawal jam 5 pagi.

Selain solat subuh berjemaah, aktiviti brisk walk bersama Sonny juga akan diadakan. Kehadiran atlet yang juga seorang ahli tinju ini pastinya akan menarik golongan anak muda untuk menyemarakkan masjid.

Untuk makluman, program ini akan berlangsung pada 25 Feb (Ahad) ini di Masjid Putra, Putrajaya.

 

Sumber: X

Destination: