Lewis Hamilton Sah Tinggalkan Mercedes, Bakal Sertai Ferrari Untuk Musim 2025
SUKANSatu kejutan berlaku dalam sukan lumba kereta Formula One (F1) apabila pemandu pasukan Mercedes, Lewis Hamilton akan berpindah ke Ferrrari bermula tahun depan.
Berita tentang perpindahan Juara F1 tujuh kali itu dimaklumkan sendiri oleh kedua-dua pasukan gergasi dalam sukan itu.
Team Statement
— Scuderia Ferrari (@ScuderiaFerrari) February 1, 2024
Scuderia Ferrari is pleased to announce that Lewis Hamilton will be joining the team in 2025, on a multi-year contract. pic.twitter.com/moEMqUgzXH
“Scuderia Ferrari dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Lewis Hamilton akan menyertai pasukan ini pada 2025,” kata Ferrari dalam satu kenyataan.
Manakala Mercedes pula memaklumkan bahawa Hamilton menggunakan klausa di dalam kontraknya untuk meninggalkan pasukan itu.
“Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas dan Lewis Hamilton akan berpisah pada penghujung musim 2024.
“Hamilton telah mengaktifkan klausa pelepasan dalam kontraknya seperti yang diumumkan pada Ogos tahun lepas,” kata pasukan berkenaan.
Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team and Lewis Hamilton will part ways at the end of the 2024 season. Lewis has activated a release option in the contract announced last year.
— Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team (@MercedesAMGF1) February 1, 2024
Sementara itu, Hamilton, 39, dalam satu kenyataannya meluahkan rasa bangganya berlumba bersama Mercedes untuk tempoh 11 tahun dan menjadi juara dunia sembilan kali.
“Saya melalui 11 tahun yang menakjubkan bersama pasukan ini dan saya sangat berbangga dengan apa yang telah kami capai bersama.
“Mercedes telah menjadi sebahagian daripada hidup saya sejak 2013.
“Pasukan ini adalah tempat di mana saya menjadi dewasa. Jadi keputusan untuk berpisah dengan Mercedes adalah antara keputusan sukar pernah saya buat.
“Tetapi masanya sudah tiba dan saya teruja untuk menyahut cabaran baru,” katanya
Hamilton telah berlumba bersama Mercedes sejak 2013 dan memenangi enam kejuaraan dunia bersama pasukan itu.
Sumber: X