Olimpik 2024: Perancis Larang Atlet Muslimahnya Pakai Hijab
SUKANKejohanan sukan terbesar di dunia, Olimpik yang bakal bermula 26 Julai ini telah dicemari kontroversi apabila tuan rumah, Perancis telah mengeluarkan larangan memakai hijab untuk atlet wanitanya.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Sukan Perancis iaitu Amelie Oudea-Castera dimana beliau menyatakan tiada anggota delegasi Perancis terutamanya atlet dibenarkan memakai tudung semasa beraksi di Sukan Olimpik.
“Wakil delegasi kami dalam pasukan Perancis tidak akan memakai tudung,” katanya.
Dia juga menegaskan larangan ini berlandaskan prinsip sekularisme negara yang memisahkan agama dan negara.
🇫🇷JUST IN: France has banned its female athletes [Muslim women] from wearing the hijab while competing in the upcoming Olympics and Paralympics in Paris. pic.twitter.com/Im8lFhU1Uv
— Suppressed News. (@SuppressedNws) July 17, 2024
Walaupun temasya sukan ini bakal berlansung di Paris, peraturan tersebut tidak akan terpakai kepada atlet negara lain memandangkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sendiri membenarkan atlet memakai hijab pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Kontroversi tersebut telah mendapat kritikan dari ramai pihak terutama salah satu NGO terkemuka iaitu Amnesty International yang mendakwa tindakan tuan rumah itu sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita yang berpegang teguh kepada salah satu perkara wajib dalam agama Islam itu.
“Pihak berkuasa Perancis menjelaskan dengan tegas dan tanpa segan silu bahawa usaha mereka untuk meningkatkan kesaksamaan jantina dan keterangkuman dalam sukan tidak terpakai kepada satu kumpulan wanita dan gadis atau wanita dan gadis Islam yang memakai tudung kerana tuntutan agama,” kata Amnesty dalam satu kenyataan.
Meskipun mendapat desakan dan permintaan untuk memansuhkan peraturan tersebut, kerajaan tempatan tetap dengan keputusan mereka.
Untuk makluman, ini bukan kali pertama Perancis mengeluarkan arahan bersifat sikap Islamophobia di memandangkan sebelum ini mereka juga pernah melarang pemakaian abaya atau jubah oleh pelajar perempuan di sekolah.
Sumber: The Cut