Olimpik Paris: Terkandas Di Semi Final, Perjuangan Pearly-Thinaah Belum Berakhir
SUKANCabaran beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah pada Sukan Olimpik Paris 2024 tersekat di separuh akhir selepas tewas kepada pasangan No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.
Pada perlawanan yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris sebentar tadi, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu terpaksa akur dengan kekalahan 12-21, 21-18, 15-21 dalam tempoh 78 minit.
I wanted them to know we are proud of them.
— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) August 2, 2024
I wanted them to keep on believing in themselves like we 🇲🇾 believe in them.
Get that #Olympics medal Pearly Tan and M.Thinaah.
The fight continues in #Paris2024 #KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/LvFxWXHTJL
Harapan untuk menebus kekalahan pada aksi peringkat Kumpulan A yang berlangsung minggu lalu tidak dapat direalisasikan. Namun, semangat juang yang dipamerkan dua srikandi negara ini wajar dipuji! Bukan mudah untuk menewaskan pasangan dari China namun tentangan hebat diberikan hingga akhir!
Untuk Pearly dan Thinaah, perjuangan anda belum berakhir. Peluang untuk membawa pingat gangsa Olimpik masih terbuka luas. Rehat secukupnya dan kembali bangkit! Pearly-Thinaah kini menantikan keputusan perlawanan antara satu lagi beregu China, Liu Sheng Shu-Tan Ning menentang Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun bagi mengetahui siapakah lawan mereka pada aksi penentuan pingat gangsa esok.