Olimpik Paris: Atlet Triatlon Dimasukkan Ke Hospital & Tarik Diri, Selepas Berenang di Sungai Seine

SUKAN
August 05, 2024 - 06:28 PM


Biarpun telah diberi amaran oleh ramai pakai tentang kondisi Sungai Siene yang tidak sesuai untuk para atlet berenang, kini mimpi buruk bagi pihak penganjur Olmpik Paris jadi kenyataan,

Belgium terpaksa menarik diri dari acara relay triatlon campuran selepas salah seorang atlet mereka dimasukkan ke hospital dengan jangkitan E. coli.

Claire Michel, 35, telah sakit selama empat hari yang lalu, kini terpaksa menarik diri sepenuhnya dari perlumbaan. Dengan Belgium tidak dapat menggantikannya dalam pasukan empat orang mereka, mereka terpaksa juga terpaksa melupakan hasrat untuk bertanding.

Selain Michel, triatlet Swiss Adrien Briffod juga telah jatuh sakit teruk selepas acara individu lelaki, menurut laporan.

Jangkitan E. coli Michel berlaku selepas pencemaran di Sungai Seine menyebabkan acara individu lelaki ditangguhkan.

Acara itu ditunda sehari sebelum Alex Yee dari Team GB akhirnya memenangi pingat emas bagi acara tersebut.

Namun, kebimbangan semakin meningkat bahawa acara tersebut mungkin terpaksa dibatalkan setelah atlet tidak dibenarkan berenang latihan sekali lagi kerana kualiti air yang buruk. Hujan lebat di Paris telah meningkatkan tahap E. coli dan bakteria lain di sungai.

Destination: