Gara-Gara Berenang Dalam Sungai Seine, Atlet Muntah 10 Kali Di Garis Penamat

SUKAN
August 01, 2024 - 12:42 PM


Seorang atlet Sukan Olimpik dilihat muntah teruk di kaca televisyen selepas dia terpaksa menyelam di dalam Sungai Seine,  lapor laman berita TMZ semalam. 

@spansnbecca absolute chaos at the finishing line 😂 ⚠️ EMETOPHOBIA WARNING⚠️ #triathlon #Olympics #chaos #fyp ♬ original sound - Becca

Peserta triatlon Kanada,Tyler Mislawchuk baru sahaja melintasi garisan penamat selepas berenang hampir 1.6 kilometer di Sungai Seine yang merentasi  kota Paris apabila insiden berlaku.

Sepanjang tempoh lebih 100 tahun, berenang di dalam Sungai Seine adalah dilarang kerana orang ramai berisiko dijangkiti penyakit sekiranya tertelan air sungai yang tercemar dan mengandungi kandungan tinggi bakteria berbahaya, E.coli.

Namun, ketika Perancis menjadi tuan rumah Sukan Olimpik buat kali pertama dalam tempoh 100 tahun, atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam acara renang maraton dan triatlon dibenarkan berenang di dalam sungai itu.

“Saya tidak menyesal walaupun saya muntah sebanyak 10 kali,” kata Mislawchuk.

Dia merupakan antara beberapa atlet yang mengalami detik sukar selepas menamatkan acara triatlon termasuk berenang 1.5 kilometer, berbasikal 40 kilometer dan berlari 10 kilometer.

Sungai Seine gagal dalam berbilang ujian kebersihan yang dilakukan menjelang Sukan Olimpik.

Pentadbiran tempatan sebelum ini membelanjakan kira-kira AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) untuk menjadikan air Sungai Seine selamat semasa melakukan persiapan untuk temasya sukan terbesar di dunia tersebut. 

Destination: