Rakyat Malaysia Kecewa Baju Olimpik Buruk, Rakyat Perancis Kecewa Atlet Berenang Dalam Sungai Penuh Najis
SUKANBahang Olimpik Paris bukan sahaja berlaku di Malaysia. Di kala rakyat Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati tentang mutu rekaan baju para kontinjen negara, rakyat Perancis yang juga tuan rumah sukan Olimpik pada tahun ini berdepan dengan masalah yang lebih 'berbau'.
Pertandingan Olimpik Musim Panas Paris 2024 hanya tinggal sebulan lagi, tetapi ada satu kontroversi yang sedang membelenggu mereka di salah satu tempat acara utama iaitu Sungai Seine.
Selepas beberapa bulan ujian menunjukkan tahap bakteria tinggi dari kumbahan dan air sisa, penduduk yang jemu dengan pencemaran sungai hanya beberapa minggu sebelum atlet-atlet Olimpik terjun, mengancam untuk mengadakan demonstrasi buang najis secara beramai-ramai sebagai protes.
@honeybadger_news Want to swim in the Seine River? #poop #paris #seineriver ♬ original sound - honeybadger_news
Protes berlaku selepas Hidalgo melaburkan wang yang banyak dalam operasi pembersihan sungai itu sehingga mengabaikan dana bagi masyarakat.
Lebih €1.4 juta euro (RM7.05 juta) telah dibelanjakan untuk menjadikan Sungai Seine bersih dan selamat untuk orang ramai berenang. Sungai itu akan menjadi lokasi acara triatlon dan renang terbuka semasa sukan Olimpik yang dijadualkan bermula lewat bulan depan.
Difahamkan, Hidalgo akan berenang di dalam Sungai Seine hari ini untuk membuktikan air sungai itu cukup bersih buat atlet sukan Olimpik.
Namun, kata Hidalgo, beliau hanya akan berenang di sungai itu selepas pilihan raya Perancis selesai pada Julai ini.
Pada masa sama, Presiden Emmanuel Macron juga berjanji untuk berenang di dalam Sungai Seine menjelang sukan Olimpik tetapi tidak menyatakan bila.
Laporan diterbitkan pada Jumaat lalu menunjukkan air sungai itu masih terlalu kotor untuk digunakan.