Pau Marti Naik Pangkat, Jadi Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya Menjelang Piala AFF 2024

SUKAN
August 21, 2024 - 05:32 PM


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan Pau Marti Vicente sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya sehingga kempen Piala AFF 2024 yang akang berlangsung pada Disember depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihak persatuan sepakat untuk menaikkan pangkat Pau Marti secara rasmi dan tidak lagi menggalas tugas sebagi pemangku seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

“Selepas Kim Pan-gon meletakkan jawatan bulan lalu, FAM telah mendedahkan bahawa Pau Marti menggalas tugas selaku pemangku ketua jurulatih.

“Namun, pihak persatuan telah sepakat untuk membuat penstrukturan semula kontrak Pau Marti dengan menjadi ketua jurulatih yang baharu sehingga Piala AFF 2024.

“Kedudukan Pau Marti kemudian akan diputuskan oleh pengurusan FAM berdasarkan situasi semasa nanti,” kata Noor Azman pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.

Destination: