Salah Mohon Bantuan Kemanusiaan Di Benarkan Ke Gaza
SUKANBintang Liverpool, Mohamed Salah menunjukkan sokongannya kepada rakyat Palestin melalui sebuah video di semua platform media sosialnya.
Menerusi video tersebut, penyerang yang berasal dari Mesir itu merayu agar bantuan kemanusiaan segera dibenarkan memasuki Gaza dan menyeru pemimpin dunia bersama menghentikan ‘pembunuhan nyawa insan yang tidak bersalah’ dalam konflik Israel-Palestin.
“Bantuan kemanusiaan ke Gaza mesti dibenarkan serta-merta. Penduduk di sana dalam keadaan amat teruk.
“Keadaan di hospital malam tadi sangat mengerikan. Penduduk Gaza memerlukan makanan, air dan bantuan perubatan segera.
“Saya menyeru pemimpin dunia untuk bersama-sama mencegah pembunuhan jiwa yang tidak bersalah, kemanusiaan mesti diutamakan,” kata Salah kepada pengikutnya di platform media sosial X, Instagram dan Facebook.
Sumber: Utusan Malaysia