Sokong Palestin, Pemain Kelab Ligue 1 Dipenjara Lapan Bulan

SUKAN
January 04, 2024 - 02:29 PM


Gara-gara memuat naik sebuah hantaran yang memihak kepada negara Palestin, pemain yang mewakili kelab Nice, Youcef Atal dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh mahkamah Perancis.

Atal yang merupakan pemain bola sepak terbaik Algeria juga turut didenda 45,000 euro (RM228,149) atas dakwaan mencetus kebencian oleh mahkamah Perancis.

Selain itu, pemain tersebut turut berdepan penggantungan oleh kelabnya dan dikecam teruk di Perancis, sehingga memaksa pemain 27 tahun itu memadamkan hantarannya di media sosial.

Dua persatuan, Liga Antarabangsa menentang Perkauman dan Anti-Semitik (LICRA) dan Pemantau Yahudi Perancis, memfailkan dakwaan ke atas Atal.

Selain Atal, pemain Maghribi, Noussair Mazaoui, yang beraksi untuk kelab Jerman, Bayern Munich, turut menjadi mangsa selepas menunjukkan simpati ke atas rakyat Palestin.

 

Sumber: Berita Harian & X

Destination: