
#TolakKomanwel: Rakyat Mahu Kerajaan Tolak Penganjuran Sukan Komanwel Di Negara Ini
SUKANSebelum ini, terdapat tawaran dari Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan Sukan Komenwel yang turut disertakan dengan suntikan dana sebanyak 100 juta pound (RM602 juta) bagi melaksanakannya.
Tawaran itu diberi kepada Malaysia susulan salah satu negeri di Austalia iaitu, Victoria menarik diri dari menganjurkan kejohanan tersebut untuk edisi 2026.
Berita tersebut bagaimanapun tidak dipersetujui sebilangan rakyat di negara ini. Buktinya, di platform media sosial X, sebilangan rakyat telah melancarkan tanda pagar #TolakKomanwel bagi menentang pemilihan negara ini menjadi tuan rumah bagi temasya tersebut.
Menurut segelintir rakyat di X, ramai yang berpendapat sekiranya Malaysia menjadi tuan rumah, maka perkara itu hanya akan membazirkan wang negara yang sepatutnya disalurkan bagi meringankan beban rakyat.
Bukan itu sahaja, mereka juga berpendapat dana yang bakal digunakan untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan lebih baik digunakan untuk membina sekolah, hospital serta kemudahan lain yang akan menguntungkan rakyat berbanding menjadi tuan rumah kepada kejohanan tersebut.
Aku sokong #TolakKomanwel. Kalau negara yang lebih mampu dari kita pun menolak untuk jadi tuan rumah, jadah apa tiba-tiba kita nak terhegeh-hegeh serah tengkuk. Dari kemaruk nak jadi tuan rumah, pi bina hosp, KK or sekolah lagi. Kesian la kat healthcare and education kita.
— Injang (@Injang_Nation) March 19, 2024
Selepas KL98, semua hos Komanwel ialah dari UK/Australia kecuali Delhi 2010.
— KNB (@nizambakeri) March 19, 2024
2026, Australia pun dah tak nak. Hanya London sudi. If the colonizers want to maintain the brand, let em pay.
Make the right call, @hannahyeoh & Madani. #TolakKomanwel pic.twitter.com/AX6DjjozG9
#TolakKomanwel . Negara tiada duit jangan dibebankan dengan projek yang akan membazir. Tolong baiki sekolah dan infra rakyat yang sudah tenat dahulu. Warga pedalaman jangan diabaikan wahai #Madani https://t.co/Mjau1NpNiY
— Effi Saharudin (@1Obefiend) March 18, 2024
Untuk apa raikan sangat brand penjajah. Kalau UK kemaruk sangat dengan Komanwel, suruh depa ja anjur dan jadi tuan rumah. Kita ni better move on dan fokus majukan negara sendiri lagi baik dari nak mengampu bekas penjajah #TolakKomanwel
— Injang (@Injang_Nation) March 19, 2024
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Victoria menarik diri dari menjadi tuan rumah atas alasan peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal iaitu sebanyak AUD2.6 bilion (lebih kurang RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (lebih kurang RM21.78 bilion).
Sumber: X