[VIDEO] Presiden Kelab Belasah Pengadil, Liga Turkiye Dihentikan
SUKANKejohanan Liga Turkiye 2023-2024 di semua peringkat telah dihentikan setelah terjadinya insiden pengadil dipukul oleh presiden klub MKE Ankaragucu. Kejadian pukul tersebut terjadi ketika tuan rumah MKE Ankaragucu menentang Caykur Rizespor pada minggu ke-15 di liga utama Turkiye, Super Lig.
Perlawanan yang berlangsung di Eryaman Stadium, Ankara berakhir dengan keputusan seri 1-1. Tuan rumah Ankaragucu terlebih dahulu di hadapan berkat gol penyerang asal Rumania, Olimpiu Vasile Morutan, pada minit ke-14. Namun, kemenangan Ankaragucu yang sudah di depan mata dirampas apabila Rizespor mendapat gol lewat daripada Adolfo Gaich pada minit ke-90+7.
Crazy scenes from Turkish league.
— SUPER SUB INDIA (@super_sub_IND) December 12, 2023
Club president hits Super Lig official.#Turkey #IndianFootball #ISL10pic.twitter.com/KONYXluOWQ
Gol lewat itulah yang memacu kemarahan presiden klub Ankaragucu, Faruk Koca. Dipetik daripada Sky Sports, Faruk Koca dilihat berlari masuk ke padang lalu memukul pengadil Halil Umut Meler.
Bukan sahaja presiden tetapi sekumpulan penyokong Ankaragucu juga masuk ke padang dan kemudiannya turut menendang Meler yang pada ketika itu sudah pun terbaring. Berkat bantuan polis, Meler terus dibawa ke ruang rehat bagi mendapatkan rawatan.
Very unacceptable. This is disheartening🤮 pic.twitter.com/gjzSb7tapX
— Mr Khalif🇿🇦 (@IdrisKhalif) December 12, 2023
Beberapa jam setelah perlawanan tamat, badan Bola Sepak Turkiye (TFF) memberikan pernyataan rasmi dengan mengutuk serangan terhadap pengadil itu dan menyebutnya sebagai tindakan "tidak berperikemanusiaan".
Disebabkan insiden tersebut, Pengerusi TFF, Mehmet Buyukeksi memutuskan untuk menghentikan pertandingan Liga Turkiye di semua peringkat sehingga ke satu tempoh masa yang akan diberitahu.
"Serangan ini adalah malam yang memalukan untuk bola sepak Turkiye," kata Buyukeksi.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Turkiye Ali Yerlikaya berkata bahawa Faruk Koca akan dirawat di hospital, tetapi prosedur penahanan juga akan dijalankan. Yerlikaya menambah bahawa beberapa orang yang terlibat dalam serangan terhadap pengadil Halil Umut Meler semasa perlawanan Ankaragucu vs Rizespor juga telah ditahan.
Kredit: Kompas