River Camp Gopeng Perak Tapak Khemah Mesra Keluarga

TRAVEL
October 21, 2021 - 07:37 PM


Riverside Camp Gopeng di Perak rasanya lokasi camping paling sesuai untuk keluarga mendambakan moment camping yang selesa pada kadar harga berpatutan.

Aktiviti tersebut bukan sahaja sesuai untuk dihabiskan bersama keluarga, malahan rakan-rakan atau sisters outing yang pastikan merakamkan memori yang tersendiri.

Tidak salah rasanya hujung minggu ketika cuti lari seketika menikmati penginapan khemah dua hari satu malam di tapak perkhemahan Riverside Camp Gopeng.

Keunikan Riverside Camp terletak kepada tawaran suasan flora fauna semula jadi yang belum lagi dicemari dengan kemodenan di kawasan sekeliling.

Tapak perkhemahan juga amat luas dan berdekatan dengan sungai menjadi tambah nilai sebuah perkhemahan seakan-akan mencabar tetapi santai.

Difahamkan lokasi ini juga sesuai untuk peminat multicamper kerana pemasangan khemah berdasarkan pilihan para penghuni di sini.

Jangan khuatir terhadap pemilihan lokasi yang bersesuaian kerana setiap port sememangnya menyediakan lokasi perkhemahan strategik.

Paling penting mengenai lokasi tarikan pelancongan ini amat menitiberatkan kebersihan kawasan sekitar hinggakan pembersihan kawasan kerap dilakukan.

Walaupun anda sedang berkhemah, jangan khuatir mengenai urusan kebersihan peribadi kerana kemudahan tandas dan ruang mandi disediakan di sini.

Bagi mereka yang beragama Islam, kemudahan surau turut disediakan untuk memastikan keseronokkan percutian dan tanggungjawab sebagai Muslim seimbang.

Jika anda mempunyai kecemasan atau memerlukan pertolongan, staf di sini sentiasa bersedia membantu dan berada di tapak perkhemahan selama 24 jam.

Paling penting anda dapat menikmati percutian yang amat privasi sepanjang menginap atau berkhemah di River Camp di sini.

Kadar harga yang dikenakan juga berpatutan iaitu untuk camping maksimum 2 orang RM30 seorang, manakala camping lebih tiga individu ke atas RM20 seorang.

Anda juga boleh berpiknik di sini pada kadar RM10 seorang manakala kanak-kanak bawah lima tahun PERCUMA.

Sumber: Viral Perak

Destination: