Temerloh Titik Tengah Semenanjung (TTTS) - Port Instagrammable Baru Wajib Korang Singgah
Temerloh, Pahang sememangnya popular dengan gelaran 'Bandar Ikan Patin' dan tak hairanlah setiap kali hujung minggu, lokasi itu pasti menjadi tumpuan penggemar masakan patin tempoyak dari seluruh negara.
Tetapi jika berkunjung ke sini, selepas dah menikmati kelazatan ikan patin dan sambal hitam -- korang jangan lupa untuk singgah jalan-jalan di Temerloh Titik Tengah Semenanjung atau disebut TTTS!
Ini kerana tarikan terbaharu yang terletak di Kampung Paya Siput, Lancang yang mana ianya adalah jalan raya lama yang menghubungkan Karak dan Temerloh -- mempunyai banyak 'port Instagrammable' atau spot-spot menarik untuk korang bergambar cantik.
Mungkin masih ramai yang belum mengetahui mengenai kewujudan tempat ini memandangkan ia baru sahaja dibuka secara rasmi kepada pengunjung sejak Oktober tahun lepas.
Menariknya, destinasi pelancongan seluas kira-kira 1.7 hektar ini memiliki Monumen Ikonik TTTS bagi mengiktiraf Temerloh sebagai Titik Tengah dalam peta Semenanjung Malaysia dengan latitud 03°29' 33" (Utara) dan longitud 102° 13' 10" (Timur).
Malah, pembinaan mercu monumen ini dizahirkan dalam binaan pacakan 5 batang buluh yang dicondongkan menghala ke arah kiblat sebagai mewakili 5 Rukun Islam.
TTTS yang menggunakan konsep hentian sebelah menawarkan plaza komersial iaitu empat buah gerai, tandas, wakaf, surau, tempat persinggahan bas pelancong, komuniti basikal, motosikal berkuasa tinggi, kawasan rekreasi dan permainan kanak-kanak.
Jika ke sini, anda boleh menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan beriadah sambil mempelajari sejarah Titik Tengah Semenanjung Malaysia.
Bahkan, kawasan ini juga boleh dijadikan tempat untuk bergambar OOTD memandangkan ia mempunyai dekorasi dan pelbagai props menarik serta berwarna-warni.
TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG (TTTS)
ALAMAT: Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh.
WAKTU OPERASI: Isnin - Khamis (10 Pg-4 Ptg), Sabtu-Ahad (10 Pg-5 Ptg) & Jumaat (TUTUP)
HARGA TIKET: RM5 (Dewasa) & RM3 (Kanak-Kanak)
Kredit Gambar: I PAHANG
Artikel Berkaitan: 12 Tempat Menarik Untuk Percutian Paling Happening Jika Ke Temerloh!
Baca Artikel Lain: Bukan Takat Ikan Patin, Temerloh Sekarang Dah Ada Ladang Aiskrim Vanilla Tau! Ini 11 Info Menarik Tentangnya