Terkini! Rosmah Mansor Didapati Bersalah Atas Semua Pertuduhan Rasuah!

TERKINI
September 01, 2022 - 03:16 PM


Nampak gayanya, ada lagi beberapa berita yang mengejutkan rakyat Malaysia. Susulan dari mantan perdana menteri Malaysia Dato' Sri Najib  ke tirai besi, kini isterinya pula didapati bersalah dalam kes rasuah.

Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan berkata pembelaan tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap semua tiga tuduhan.

Rosmah didakwa meminta dan menerima suapan daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holding iaitu Saidi Abang Samsudin.

Rasuah itu diterima melalui bekas pegawai khas suaminya Datuk Seri Najib Razak, iaitu Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Destination: