‘Healing’ Sambil Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Geng Honda Dikecam Ramai
TERKINIBaru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan geng pemilik kereta Honda berkumpul beramai-ramai dan memasak mi segera di sebuah stesen minyak terkenal di Malaysia.
Dalam video tersebut, dapat dilihat mereka membuka meja lipat, kerusi lipat dan mula memasak di atas dapur api mudah alih.
Tindakan kumpulan tersebut telah mengundang kemarahan netizen kerana ia boleh menyebabkan kebakaran memandangkan stesen minyak merupakan kawasan mudah terbakar.
Macam mana diorang ni boleh terfikir nak pasang stove dekat stesen minyak? 😰 pic.twitter.com/BvBr5h8It9
— 🇲🇾 (@localrkyt) May 12, 2024
Lebih menyakitkan hati, kumpulan tersebut dilihat tidak mengendahkan bunyi siren yang menandakan kedatangan pihak polis. Malah, mereka masih meneruskan aktiviti 'healing' tersebut.
Selain itu, teguran yang diberikan netizen tentang tindakan mereka pada akaun TikTok pemilik asal video tersebut juga dijawab secara main-main atau biadap seolah-oleh mereka tidak melakukan kesalahan.
Reply macam terpaling.. pic.twitter.com/jwYmhhZ4Tw
— 🇲🇾 (@localrkyt) May 12, 2024
Penularan video tersebut membuatkan ramai wargamaya mememinta agar pihak stesen minyak dan pihak berkuasa mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang terlibat dengan isu masak mi segera di stesen minyak itu.
Sumber: X