Pakcik Shell Jelaskan Bahaya Sebenar Masak Mi Segera Di Stesen Minyak

TERKINI
May 17, 2024 - 05:35 PM


Dek kerana hanya memifkirkan untuk berseronok bersama kumpulan kereta, beberapa pemandu yang berkumpul di satu stesen minyak sambil menggunakan dapur untuk memasak mi segera menjadi bualan satu negara.

Bukan itu sahaja, bahkan mereka berani untuk merakam dan memuatnaik video kejadian di platform media sosial. Tidak menunggu lama, warganet menegur dan juga mengecam tindakan mereka kerana mampu jadi punca kebarakan dan insiden yang meragut nyawa.

Sehubungan itu, individu yang dikenali sebagai Pakcik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani berkongsi kepada orang ramai berkenaan mengenai perkara ini.

"Ada yang kata, ‘jauh dari pam tak apa'. Jangan...kerana wap minyak boleh mengalir sejauh 10 meter dari punca seperti pam, tempat turun minyak dan vent pipe"

Dalam satu hantaran video di Instagram milik @pakcikshell, yang juga Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, dia menjelaskan bahawa terdapat risiko wap minyak merebak dari pam petrol, tempat turun minyak dan vent pipe.

"Wap minyak boleh bergerak jauh, sejauh 10 meter," katanya dalam video.

Tambahnya, beliau juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil berat terhadap perkara itu.

Destination: