Akibat Najis Dadah, Anak Sanggup Terajang & Pukul Ibu Dengan Tukul Selama 4 Jam

TERKINI
February 14, 2024 - 04:20 PM


Pasukan bomba dan polis mengambil masa hampir empat jam untuk menyelamatkan seorang wanita warga emas yang cedera akibat diterajang dan dipukul menggunakan tukul oleh anak lelakinya di sebuah flat Jalan Gangsa, Jelutong, malam tadi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rileklah (@officialrileklah)

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu, suspek lelaki berusia 40-an turut mengancam membunuh diri dengan membuka dua tong gas gas petroleum cecair (LPG) bagi tujuan menakutkan pasukan penyelamat.

Difahamkan, suspek ketika kejadian berada di bawah pengaruh dadah.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Shaari Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan ancaman bunuh diri pada pukul 10.57 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian mendapati mangsa yang juga suspek lelaki bertindak agresif dengan mencederakan ibunya dengan tukul selain menendang dan mengacu objek tajam ke arah wanita berusia dalam lingkungan 60-an itu.

“Suspek bertindak memukul ibunya, sejurus melihat pasukan polis dan bomba berada di hadapan rumahnya sehingga kami terpaksa beredar untuk mengelak tindakannya yang lebih agresif.

“Ibu suspek kemudiannya dilepaskan sendiri olehnya selepas permintaan lelaki itu untuk pihak polis dan bomba beredar dari lokasi berkenaan dituruti.

“Lelaki berusia 40-an itu turut mengancam membuka dua unit tong gas jenis LPG. Anggota kemudiannya membuka satu aliran bertekanan tinggi sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran dan memecah masuk pintu pagar kediaman terbabit” katanya kepada Kosmo! di sini.

Beliau memberitahu lagi, suspek telah diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan St. John sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Ibunya hanya mengalami kecederaan ringan dan lebam akibat dipukul suspek ketika berada di dalam rumah,” ujar operasi tamat pada pukul 2.46 pagi.

Destination: