'Meatball Inti Dadah' - Individu Kongsi Taktik Terbaru Penyeludup Dadah, Minta Jangan Tolong Orang Di Airport

TERKINI
December 14, 2023 - 03:14 PM


Sejak dahulu lagi, macam-macam isu timbul tentang penyeludupan negara. Banyak cara yang digunakan oleh geng-geng seludup ini untuk membawa benda mudarat itu masuk ke negara kita.

Terbaru, tular satu video yang dikongsikan oleh @AKUANAKWATAN di platform X yang menunjukkan bebola daging yang berisi dadah dalam sebuah bekas makanan.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ketulan bebola daging yang banyak dalam sebuah bekas makanan yang kelihatan seperti masakan kari atau rendang. 

Hal tersebut mengejutkan warga maya yang tidak menyangka dadah juga dapat disembunyikan dalam makanan. 

Individu yang berkongsi video tersebut juga memberi pesan untuk tidak menolong orang yang tidak dikenali lagi-lagi di lapangan terbang.

"Jangan tolong orang yang tidak dikenali di mana-mana lapangan terbang kerana dadah dimasukkan dalam bebola daging"

"Tak pasal-pasal jadi keldah dadah nanti", katanya.

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan nasihat tersebut. Tidak kurang juga menyarankan orang awam untuk tidak menjadi 'mesra' ketika berada di lapangan terbang.

"Dekat airport, kalau orang minta tolong bawakan apa-apa, jangan terima. Takut jadi macam ni. Penyeludup dadah ni akalnya panjang."

"Jangan buat 'kawan baharu' dekat airport atau dalam kapal terbang. Jangan cuba untuk tolong orang, sentuh apa-apa, fikir hal sendiri je."

"Airport adalah tempat yang dilarang keras untuk jadi mesra atau ringan tulang tolong orang yang tidak dikenali, sekian."

"Beringatlah wahai teman-teman. Tak pasal-pasal kita yang jadi mangsa", ujar mereka.

 

Sumber: X

Destination: