Aksi 'Romantis' Dua Mat Salih Bawa E-Skuter Di Jalan Utama Buat Warganet Berang

TERKINI
June 10, 2024 - 06:02 PM


Pada bulan Jun 2022, Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan larangan dengan serta-merta terhadap beberapa kelas kenderaan mikro-mobiliti (MMV) iaitu e-skuter dan moped daripada menggunakan jalan raya awam.

Aksi dua pelancong asing tular di platform media sosial selepas video mereka yang menaiki e-skuter di jalan raya yang sibuk di KL menjadi bualan.

Pengguna Instagram @nikhaelneil telah memuat naik video kejadian itu yang berlaku menuju ke arah Bulatan Kg Pandan.

Pelancong lelaki itu dilihat sedang mengambil masanya dengan perlahan dan santai manakala pemboncengnya, seorang wanita muda berpakaian atas coklat dan seluar pendek hitam, kelihatan menikmati perjalanan tersebut.

Pada satu ketika, pelancong wanita itu dilihat mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam 'pemandangan'.

Video tersebut kini telah mendapat lebih 900k tontonan dan menyebabkan ramai rakyat Malaysia berang kerana tindakan pelancong itu bukan sahaja boleh membahayakan nyawa mereka sendiri tetapi juga pemandu lain.

Destination: