Askar Israel 'Diserang' Tebuan Di Selatan Gaza
TERKINIJumaat lalu, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan kejadian luar biasa telah berlaku di selatan Semenanjung Gaza.
Menurut laporan, 12 anggota IDF dilaporkan cedera selepas diserang oleh ratusan lebah dalam satu kejadian yang dianggap sebagai kejadian yang jarang berlaku.
Inisiden tersebut dikhabarkan berlaku di tengah-tengah operasi oleh Briged Selatan Bahagian Gaza di kawasan sempadan, berhampiran komuniti Nirim.
Ia berlaku apabila sebuah kereta kebal telah melanggar sarang tebuan yang besar, menyebabkan serangga itu menyengat askar-askar berkenaan sehingga 12 orang askar terpaksa menerima rawatan di hospital.
Sebelas anggota IDF diserang lebah dan dipindahkan dengan kecederaan ringan, manakala seorang lagi mengalami cedera ringan dan terpaksa dipindahkan ke rawatan rapi.
Menurut Dr. Avi Ironi, pengarah Pusat Perubatan Kecemasan Sheba, berkata beberapa askar mengalami reaksi alahan terhadap sengatan yang mereka terima memerlukan rawatan rapi termasuk anestesia, rawatan toksikologi dan penjagaan pakar lain.
Sebelum ini, Israel pernah menghadapi serangan anjing liar pada peringkat awal pencerobohan, yang mengakibatkan tindakan pembunuhan besar-besaran anjing di Semenanjung Gaza.
IOF soldiers stung by wasps🤣🤣 pic.twitter.com/6DA6wrlSJF
— Nadira Ali🇵🇸 (@Nadira_ali12) May 10, 2024
Sumber: The Vocket