Bapa Mengamuk Marah Ustaz Gara-Gara Gunting Rambut Anak

TERKINI
July 02, 2024 - 11:41 AM


Membesarkan anak-anak zaman sekarang memang penuh dengan cabaran. Bukan sahaja cabaran buat ibu bapa, bahkan juga cabaran buat warga pendidik. Ada sesetengah anak murid yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapa mereka sehingga membuatkan mereka naik lemak.

Baru-baru ini tular satu rakaman CCTV di mana memaparkan satu inisiden dipercayai di satu sekolah swasta melibatkan seorang ayah dan juga ustaz.

Berdasarkan video, jelas memaparkan seorang bapa yang sedang mengamuk dan mempersoalkan tindakan seorang ustaz yang memotong rambut anaknya. Video tersebut mendapat reaksi yang negatif dari warganet. Ramai berpendapat setiap sekolah ada peraturan yang wajar dipatuhi biarpun ianya sekolah swasta.

Moga warga pendidik hadapi dugaan dengan sabar dan tabah hadapi dugaan. Buat ibu bapa pula bertimbang rasa dan ambil tanggungjawab dalam membentuk sahsiah diri anak-anak.

Destination: