Baru 2 Minggu Beroperasi, Taman Kucing Klang Didakwa Abai Kebajikan Haiwan

TERKINI
September 03, 2024 - 08:51 AM


Bila bercerita pasal kebajikan haiwan, rata-rata rakyat Malaysia sememangnya prihatin dan akan bersuara jika berlakunya sebarang penindasan. Lebih-lebih lagi melibatkan kucing. 

Baru-baru ini, seorang pengguna laman X memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan sebenar sebuah pusat perlindungan kucing di Klang, Selangor

Biarpun baru sahaja 2 minggu dibuka, dia meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila melihat keadaan sebuah pusat perlindungan kucing yang seolah-olah terbiar dan tanpa sebarang pengawasan.

Lebih mengecewakan, ada juga seekor kucing yang kelihatan tidak lagi bernyawa. Pendedahan itu membuat ramai yang mempersoal akan rasa tanggungjawab pemilik mahupun pengurus pusat perlindungan kucing itu. 

Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) telah menggesa pihak yang bertanggungjawab terhadap sebuah taman kucing di Klang, Selangor untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang menyatakan terdapat pengabaian kepada kebajikan haiwan berkenaan.

"Berdasarkan pemerhatian yang kita buat menerusi video tersebut, spesifikasi tempat itu tidak menepati Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan kondusif tempat juga tidak menepati yang sepatutnya.

"Pembukaan tempat perlindungan ini bukan berapa modal dibina tetapi kesediaan dan kesinambungan menyeluruh terhadap pengurusan itu penting," katanya.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dari mereka yang bertanggungjawab. Moga nasib kucing-kucing terbiar di situ terbela.

 

Destination: