Batik Air Jamu Penumpang Dengan Makanan "Fusion" Buat Warganet Hairan

TRAVEL
February 26, 2024 - 12:40 PM


Bagi korang yang kaki travel, sudah pasti tahu serba sedikit tentang hak anda sebagai seorang penumpang penerbangan. Sebaik sahaja waktu penerbangan anda ditunda melebihi waktu yang dibenarkan, syarikat penerbangan tersebut perlu menghidangkan juadah demi keselesaan para penumpang.

Namun, satu perkongsian baru-baru ini di platform X menarik perhatian warganet. Seorang penumpang Batik Air berkongsi pengalamannya yang dihidangkan satu juadah yang "membangkitkan" selera. 

Menurut ciapan @ieqaakarim , jadual penerbangannya telah ditunda sebanyak 3 kali dan memakan masa hampir 4 jam. Sesulan dari itu, para penumpang berhak untuk menerima sebarang makanan atau minuman demi memastikan keselesaan diri.

Namun, juadah yang diberikan oleh Batik Air amat mengejutkan. Seperti yang tertera pada gambar, seakan-akan satu juadah yang disediakan dalam keadaan caca merba. Dia menegaskan lebih baik menerima roti dan sebotol air mineral. Bahkan ramai penumpang yang kesejukan, mereka lebih memerlukan hidangan yang panas. Kita nantikan penjelasan dari Batik Air.

Destination: